fbpx

Siasatan guna helikopter beli nasi ganja selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter yang mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan nasi ganja dalam kejadian pada 23 Julai lalu.

IPOH – Polis telah melengkapkan siasatan berhubung kejadian sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh di sini untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja pada 23 Julai lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan kes itu diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan kes ini telah selesai pada Jumaat lalu, kita telah merujuk kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri.

“Saya difahamkan, kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapat arahan lanjut. Buat masa ini kita tunggu keputusan mereka (untuk pendakwaan),” katanya selepas Program Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak 2021 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mior Farid berkata, tiada pihak lain dipanggil memberi keterangan berhubung kes tersebut selain lima individu termasuk seorang bergelar Datuk.

“Siasatan telah dijalankan terhadap lima individu yang dikenal pasti termasuk pengadu iaitu kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh, pengusaha restoran nasi ganja dan tiga yang lain,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI