fbpx

Senyuman Nur Dhabitah pengubat duka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senyuman Nur Dhabitah pengubat duka peminat tempatan.

PETALING JAYA – Walaupun tidak berjaya menyumbang satu lagi pingat kepada negara, namun senyuman penerjun kebangsaan, Nur Dhabitah Sabri tetap menjadi penawar kepada peminatnya di tanah air.

Dalam perhitungan aksi final hari ini, Nur Dhabitah mendapat tempat ke-4 acara 3 meter papan anjal wanita hanya 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Untuk rekod, atlet berusia 22 tahun itu menamatkan lima terjunan dengan kutipan mata 326.15. Keputusan menyaksikan dua peserta dari China Shi Tingmao dan Wang Han masing-masing meraih pingat emas dan perak.

Rata-rata orang ramai memuji sikap juang yang dipamerkan oleh penerjun negara itu dan menyifatkan Nur Dhabitah bakal memperolehi pingat di temasya sama di Perancis tiga tahun lagi.

“Chaiyok Dhabitah, kamu dah bermain elok. Kamu masih muda, tiga tahun lagi bakal bawa pulang emas, sudah cukup dengan senyuman kamu pengubat kami di Malaysia,” ciap @Zaibidi_yusoff.

“Tak apa, dia dah buat yang terbaik, biasalah dalam sukan ni ada menang kalah dia. Dia dah berjuang hari ini,” kata @Noraliyah. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI