KUALA KANGSAR – Seorang ibu berdepan detik cemas apabila anak lelakinya berusia enam tahun terkunci di dalam kenderaan pacuan empat roda di hadapan sebuah kedai di Jalan Daeng Selili dekat sini, hari ini.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika wanita itu keluar untuk membeli barang sebelum kenderaan Toyota Hilux itu terkunci secara automatik.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Mohd. Saiful Haniff Mahmad Ayub berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 6.37 petang.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang kanak-kanak lelaki sedang tidur di dalam kereta dengan enjin dan penghawa dingin masih terpasang.
“Operasi segera dijalankan dengan anggota mengumpil tingkap bahagian pemandu menggunakan peralatan khas.
“Kanak-kanak terbabit yang nyenyak tidur hanya terjaga selepas dikejutkan bomba,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, ibu mangsa memberitahu ketika kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta, dia sedang bermain telefon bimbit sebelum terlena.
“Wanita itu memberitahu kereta terkunci secara ‘auto-lock’ dan kejadian itu hanya disedari setelah selesai membeli barang.
“Dia cuba mengejutkan anaknya dengan mengetuk cermin kereta namun gagal sebelum menghubungi bomba untuk bantuan,” katanya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929