BARU-BARU ini, ramai pengikut Instagram Scha Alyahya hampir diserang sakit jantung.
Semuanya gara-gara foto yang dimuat naik Scha yang sedang menggayakan sebuah tas tangan berjenama mewah.
Mana tidaknya, ramai yang menyangka Scha memakai baju singkat atau ‘crop top’ sehingga menampakkan sebahagian badan, tetapi realitinya, perut yang disangka ramai itu ialah beg tangan yang berwarna coklat cair.
Memang hampir gugur jantung semua netizen melihat foto tersebut.
“Ingatkan perut Scha, rupa-rupanya beg! Warna beg seperti rona kulit,” komen seorang netizen.
“Aduhai! Mula-mula tengok seperti kulit badan, tertipu!” tegur seorang lagi pengikut Instagramnya.
Tak apalah, asalkan Scha memang berbaju dan ini semua ilusi mata sahaja. Lain kali jangan buat lagi ya, tak pasal-pasal netizen jadi rabun pula.
DIVA: Rindu pula hendak menikmati hidangan di restoran. Sampai bila agaknya kita semua harus hidup begini.