fbpx

Proses penempatan aktivis ikut prosedur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster #FREESARAH selepas aktivis berkenaan ditahan pada Khamis lalu bersabit akaun Twitter Misi: Solidariti yang dikendalikannya.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan aktivis, Sarah Irdina Mohamad Arif yang mendakwa telah dipaksa bogel dan membuka pakaian dalam ketika berada di pusat tahanan polis.

Aktivis berusia 20 tahun berkenaan telah ditahan pada Khamis lalu bersabit akaun Twitter Misi: Solidariti yang dikendalikannya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, proses penempatan aktivis berkenaan adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

“Sarah Irdina telah ditahan dan dimasukkan ke dalam Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang pada Khamis lalu kira-kira pukul 7 malam atas kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Proses penempatan aktivis berkenaan ke dalam lokap adalah menepati prosedur yang telah ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Lokap 1953 (L.N.328/1953) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara A118,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Eng Lai memberitahu, sebelum dimasukkan ke dalam sel lokap, setiap tahanan akan dibawa ke dalam bilik khas untuk diperiksa oleh petugas lokap dan untuk kes ini, anggota lokap wanita telah memeriksa aktivis itu bagi memastikan tiada sebarang kecederaan fizikal dan tiada barang salah dibawa masuk ke dalam lokap.

“Seterusnya, aktivis berkenaan telah menukar pakaiannya kepada pakaian lokap berwarna ungu. Proses menukar pakaian ini dilakukan di dalam bilik khas yang tidak boleh dilihat oleh orang lain.

“Sepanjang penahanannya di dalam lokap, prosedur tetap operasi (SOP) lokap dipatuhi sepenuhnya. Sel lokap aktivis tersebut hanya ditempatkan petugas dan tahanan wanita sahaja. Petugas atau tahanan lelaki adalah tidak dibenarkan lalu atau masuk ke kawasan tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, wanita berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Jumaat lalu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa aktivis berkenaan trauma dan dipaksa berbogel termasuk membuka pakaian dalam sebelum memasuki lokap tahanan. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI