fbpx

Polis siasat majlis perkahwinan dalam tempoh PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar majlis perkahwinan dalam tempoh PPN yang tular di aplikasi Instagram.

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil individu terlibat dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di sebuah bangunan di Jalan Ampang pada 27 Julai lalu untuk diambil keterangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D. Saralathan berkata, semalam, pada pukul 1.59 tengah hari, polis telah menerima laporan berkenaan gambar majlis perkahwinan yang tular di aplikasi Instagram.

“Hasil semakan mendapati gambar majlis perkahwinan yang berlangsung pada 27 Julai lalu terdapat individu yang berkumpul tanpa sebarang penjarakan sosial.

“Siasatan lanjut mendapati, perkahwinan tersebut telah berlangsung di sebuah bangunan di Jalan Ampang di mana penganjur telah menyewa dewan tersebut daripada sebuah syarikat yang mengurus majlis perkahwinan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan menjurus kepada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Ordinan Darurat (Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan kerana tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Setakat hari ini, seorang wanita tempatan berusia 36 tahun yang menyewa dan menguruskan tempat tersebut daripada pemilik bangunan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

“Kesemua individu lain yang telah terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI