fbpx

Padah hantar gambar lucah kepada budak 9 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Tindakan seorang pembantu kedai makan melakukan gangguan seksual kepada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun membawa padah apabila ditangkap di sekitar Ajil, Terengganu, kelmarin.

Tangkapan ke atas suspek berusia 22 tahun itu dibuat pukul 2.45 petang oleh sepasukan polis dari Hulu Terengganu dan cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, ia susulan laporan diterima pihaknya daripada bapa mangsa iaitu seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Katanya, suspek menghantar gambar kemaluan menerusi aplikasi WhatsApp sebelum meminta kanak-kanak itu mengirimkan gambar bogel.

“Berdasarkan siasatan, mereka berkenalan menerusi kumpulan WhatsApp permainan dalam talian PUBG.

“Polis merampas kad sim dan telefon bimbit serta memori kad,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah dan mengaku terlibat dalam kes tersebut. Lelaki itu direman empat hari bagi membantu siasatan. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI