fbpx

Nur Fazura jadikan solat taubat, doa, sedekah sebagai amalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Doa, solat taubat dan menderma menjadi amalan Fazura dalam menempuhi kehidupan yang penuh ujian dan cabaran.

PETALING JAYA – Pelakon terkenal Nur Fazura memberitahu doa, solat sunat taubat dan bersedekah merupakan amalan yang tidak akan ditinggalkan dirinya ketika berdepan detik sukar serta ujian dalam hidup.

Menerusi ruangan soal jawab (Q&A) Insta Story dalam Instagramnya, Fazura berkata dia sering melakukan tiga amalan tersebut untuk kekal tenang menjalani liku-liku kehidupan.

“Saya selalu akan banyakkan bertaubat, sedekah dan doa, Insha-Allah.

“Banyakkan juga melakukan perkara yang mulia secara diam-diam,” katanya menjawab soalan pengikut secara maya.

Difahamkan sesi ruangan soal jawab tersebut dibuka buat pertama kali kepada pengikut selain teruja untuk menjawab segala soalan yang diajukan.

Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 38, dalam usaha memastikan dirinya menjadi Muslim yang terbaik, dia perlu istiqamah dan akan sentiasa memperbaiki urusan ibadahnya.

“Istiqamah dan sentiasa memperbaiki ibadah kita setiap hari. Perbuatan kecil tapi perlu berterusan,” katanya.

Pada masa sama, Fazura yang merupakan isteri kepada pelakon dan penyanyi Fattah Amin, 31, turut menjawab pertanyaan peminat mengenai perancangan untuk menambah cahaya mata kedua.

“MasyaAllah Tabarakallah. Insya-Allah mungkin tak lama lagi?,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, Fazura dan Fattah berkahwin pada sebuah majlis pernikahan yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat pada 27 November 2017.

Mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.

Terdahulu, Nur Fazura mendedahkan wajah anaknya buat kali pertama sekitar awal Januari lalu dan memaklumkan rutin hidupnya berubah 360 darjah selepas bergelar seorang ibu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI