fbpx

Mayat mangsa lemas Sungai Cherul akhirnya ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Mohamad Syafiq dibawa naik setelah dijumpai di Sungai Cherul berhampiran Kampung Lubuk Batu, Chukai, hari ini.

KEMAMAN – Pasukan mencari dan menyelamatkan akhirnya menemui mayat pemuda yang lemas di Sungai Cherul berhampiran Kampung Lubuk Batu, Chukai di sini hari ini.

Mayat Mohamad Shafiq Ab Llah, 20, yang dihanyutkan arus deras sungai itu semalam ditemui pada pukul 5.15 petang tadi.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian telah dijumpai terapung pada kedudukan kira-kira 20 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa timbul selepas pasukan mencari dan penyelamat melakukan teknik olak air menggunakan bot.

“Sebaik dibawa ke tebing sungai, mayat mangsa terus dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan Mohamad Shafiq dari Felda Cherul 1 dekat sini dikhuatiri lemas selepas dibawa arus deras Sungai Cherul pada pukul 6.30 petang.

Sewaktu kejadian, dia yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan tiga sahabatnya dikatakan sedang menjala ikan di kawasan tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI