fbpx

Mangsa lemas Sungai Cherul belum ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang melakukan pencarian Mohamad Shafiq yang dikhuatiri lemas di Sungai Cherul berhampiran Kampung Lubuk Batu, Chukai, hari ini.

KEMAMAN – Operasi hari kedua mencari dan menyelamat seorang pemuda yang dikhuatiri lemas di Sungai Cherul berhampiran Kampung Lubuk Batu, Chukai di sini hari ini diperluaskan sehingga dua kilometer (km) dari lokasinya hilang.

Timbalan Pengarah Bomba Terengganu, Mohd. Khairiri Mat Resad @ Arshad berkata, pasukan penyelam juga telah melakukan selaman ke dasar sungai di kawasan radius 50 meter dari lokasi Mohamad Shafiq Ab. Llah, 20, kali terakhir dilihat sebelum tenggelam.

“Setakat ini, kita telah melakukan tiga kali selaman untuk mencari mangsa. Begitupun, operasian pencarian berdepan cabaran kerana keadaan airnya berbentuk pusaran dan arusnya yang kuat.

“Keadaan dasar sungai yang penuh serpihan pukat, mata kail dan tali juga menyukarkan pergerakan angggota penyelam. Difahamkan lokasi ini merupakan kegemaran pemancing,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut beliau, pasukan mencari dan menyelamat juga menggunakan dua ekor anjing pengesan Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi operasi berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan cuaca dan arus sungai sejak kelmarin iaitu sewaktu Mohamad Shafiq dilaporkan hilang, pihaknya percaya jasad mangsa berada tidak jauh dari lokasinya dilihat tenggelam.

Kosmo! Online semalam melaporkan Mohamad Shafiq dari Felda Cherul 1 dekat sini dikhuatiri lemas selepas dibawa arus deras Sungai Cherul pada pukul 6.30 petang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI