fbpx

Kos ternak arnab rendah, beri pulangan lumayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (tengah) memeriksa seekor arnab ketika melawat Pusat Ternakan Arnab di Kampung Lambor, Wakaf Bharu, hari ini.

TUMPAT – Dianggarkan lebih 80 peratus daripada kira-kira 10,000 penternak muda di negara ini terlibat dengan penternakan arnab berbanding haiwan ternakan lain.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, penternakan arnab menjadi pilihan kerana kos operasinya rendah, pusingan ternakan singkat selain memperoleh pulangan yang lumayan.

Menurutnya, harga pasaran jualan daging arnab pula kira-kira RM35 sekilogram dengan anggaran berat karkas (bahagian badan) haiwan itu yang sudah disembelih antara satu hingga 1.6 kilogram (kg) seekor.

“Berdasarkan rekod, bilangan arnab di negara ini pada tahun lalu dianggarkan sebanyak 44,967 ekor meliputi arnab daging dan haiwan kesayangan.

“Di Kelantan pula, peningkatan ternakan dilihat amat memberangsangkan sejak lima tahun lalu apabila mencecah 10,506 ekor tahun lepas berbanding 1,309 ekor pada 2015,” katanya ketika sidang akhbar.

Terdahulu, beliau melawat Pusat Ternakan Arnab di Kampung Lambor, Wakaf Bharu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, kebanyakan penternak arnab di Kelantan bernaung di bawah Persatuan Penternak Arnab Kelantan (Petak) dan Persatuan Penternak Arnab Pedaging Kelantan (APek).

Jelasnya, sehingga suku pertama tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan melalui Skim Agropreneur Muda telah membantu seramai 16 orang penternak dalam bentuk sumbangan kelengkapan penternakan bernilai RM320,000. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI