fbpx

Istana Balai Besar jadi pusat vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pintu Istana Balai Besar, Kota Bharu dibuka selama lima hari untuk dijadikan sebagai PPV.

KOTA BHARU – Istana Balai Besar yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu dibuka kepada rakyat jelata dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula hari ini.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata, pembukaan Istana Balai Besar itu telah diperkenankan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menurutnya, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua di Istana Balai Besar itu dianjurkan oleh Pejabat Sultan Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang dilaksanakan selama lima hari.

Rakyat Kelantan yang hadir menerima suntikan vaksin Covid-19 di Istana Balai Besar, Kota Bharu hari ini. Foto ROSLIZA MOHAMED

“Fasa pertama telah dijalankan pada 9 Jun lalu melibatkan seramai 350 penerima vaksin yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Negeri Kelantan di PPV berkenaan.

“Bagi fasa kedua pula, seramai 2,000 penerima dijangka akan menerima vaksin. Ia melibatkan 1,000 penerima terdiri daripada rakyat jelata dan selebihnya adalah kakitangan dan kerabat-kerabat Istana Negeri Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita di Istana Balai Besar di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI