fbpx

Hamil 7 bulan, Ayda Jebat pedih ulu hati, sukar tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYDA JEBAT dijangka bersalin sekitar Oktober nanti.

PETALING JAYA – Menghitung hari bergelar seorang ibu, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang kini sarat hamil tujuh bulan sedang menikmati pengalaman untuk bergelar biarpun adakalanya begitu mencabar.

Memasuki trimester terakhir yang berbaki sekitar dua bulan lagi, antara yang sedang dirasai Ayda, 29, kini adalah pedih ulu hati hampir setiap malam sehingga muntah-muntah.

Bahkah pelantun lagu Parah itu berkata, dia turut mengalami kesukaran sukar tidur malam selain perut atau bayi dalam kandungannya sering mengeras.

“Tidur duduk, sakit pinggang tak payah cakaplah kan. Tapi saya menikmati perjalanan ini. Syukur. Tapi tolong saya. Ada apa-apa tips untuk saya yang selalu pedih ulu hati terutama pada waktu malam wahai ibu-ibu sekalian?” ujarnya.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat Ayda berkongsi tips antaranya mengamalkan pengambilan bijirin oat yang berupaya menyerap gas asid dalam perut.

Tidak kurang juga, ada pengikutnya mengingatkan isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu supaya tidak mengambil makanan pedas dan berempah.

Pada masa sama, kaum ibu turut berkongsi cara mengurangkan rasa sakit pinggang ketika tidur dalam keadaan duduk bagi wanita mengandung iaitu dengan meletakkan posisi bantal dengan lebih tinggi.

Ayda yang mendirikan rumah tangga bersama Nabil pada 1 Januari lalu dijangka akan melahirkan bayi pertama mereka pada Oktober depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI