fbpx

Gagal kawal SOP orang datang ambil durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan durian percuma yang diedarkan sebuah syarikat di Parit Buntar semalam sehingga tular di media sosial.

BAGAN SERAI – Polis telah memanggil penganjur program durian percuma yang menjadi tular baru-baru ini bagi membantu siasatan kerana melangar prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, lelaki berumur 39 tahun itu telah memberikan kerjasama dalam siasatan.

Katanya, hasil keterangan lelaki itu mengakui kesalahan kerana tidak dapat  mengawal orang ramai yang hadir pada penganjuran itu.

“Kertas siasatan sudah siap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu ini.

“Sebarang tindakan selanjutnya akan diputuskan selepas itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jumaat lalu, tular dalam media sosial gambar dan video orang ramai yang berpusu-pusu beratur tanpa mematuhi penjarakan fizikal ketika mahu mendapatkan buah durian yang diedarkan secara percuma.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI