PUTRAJAYA – Seramai 11,500 orang usahawan mikro bakal mendapat manfaat daripada skim pembiayaan tanpa caj yang dilancarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya TEKUN Nasional dengan peruntukan berjumlah RM100 juta.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 2.0 dan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro (CBRM) 2.0 yang akan dilancarkan itu adalah penambahbaikan daripada produk sebelumnya.
Beliau berkata, had maksimum pembiayaan SPIN 2.0 adalah RM10,000 manakala CBRM 2.0 adalah sehingga RM20,000.
“Menyedari keperluan usahawan yang mendesak dalam mendapatkan modal, had maksimum pembiayaan produk ini telah ditingkatkan dan tiada caj yang dikenakan,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.
Wan Junaidi berkata, berdasarkan kajian yang dilaksanakan MEDAC, dianggarkan 580,000 perniagaan di bawah perusahaan mikro, kecil dan sederhana akan berhadapan dengan kegagalan perniagaan ekoran daripada pandemik Covid 19. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929