fbpx

Budak lelaki retak tempurung kepala jatuh flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan terjatuh dari besi penghadang yang patang di aras satu Flat Taman Sungai Batu, Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan mengalami pendarahan dalaman termasuk retak tempurung kepala akibat terjatuh dari besi penghandang yang patah di aras satu flat Taman Sungai Batu di sini semalam.

Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di koridor bawah oleh abagnya berusia sembilan tahun bersama beberapa kanak-kanak lain kira-kira pukul 5 petang.

Difahamkan, satu batang besi penghandang tersebut didapati telah patah sejak beberapa bulan lalu.

Seorang jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Esya, 37, berkata, sebelum kejadian berlaku, mangsa bersama beberapa rakannya dipercayai sedang bermain berdekatan penghadang besi tersebut.

Menurutnya, kejadian disedari abangnya yang ketika itu terkejut melihat adiknya yang sudah tertiarap di atas simen koridor berkenaan.

“Abang mangsa kemudian berlari memaklumkan kejadian itu kepada ibu mereka yang berada di rumah. Mangsa ditemui dalam keadaan separuh sedar.

“Ibunya dilihat menangis dan berkali-kali memanggil anak bongsunya itu dalam keadaan memangku di atas riba,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI