fbpx

Arab Saudi larang jemaah 13 negara tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanya mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan memohon visa umrah. – AFP

JEDDAH – Lebih daripada 20,000 jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi dijangka tiba di Mekah untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah, Hisham Bin Saeed berkata, jemaah luar bagaimanapun hanya dibenarkan dari negara-negara yang tidak disekat kemasukannya berdasarkan arahan Kementerian Kesihatan dan Penguasa Umum Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA).

Buat masa ini, negara-negara yang dilarang memasuki negara itu adalah India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan, Emiriyah Arab Bersatu, Ethiopia, Vietnam, Afghanistan dan Lubnan.

Larangan itu dibuat berdasarkan peningkatan kes Covid-19 yang berterusan serta varian-varian berbahaya yang menular di negara-negara tersebut.

Kira-kira 500 syarikat perkhidmatan umrah serta lebih daripada 6,000 ejen umrah luar kini bersiap sedia untuk menerima kedatangan jemaah umrah yang telah divaksin.

Selain itu, hanya mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan memohon visa umrah.

Bakal jemaah juga perlu mempunyai keadaan kesihatan yang baik serta memenuhi protokol-protokol yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan semua jemaah dari seluruh dunia. 

Tempahan pakej-pakej umrah dan pembayaran pula boleh dilakukan menerusi 30 laman dan platform elektronik yang tersedia untuk tempahan global. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN