fbpx

Aksi Dhabitah banggakan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DHABITAH meraih tempat keempat pada acara3m papan anjal yang berlangsung tadi. - TWITTER KBS

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tetap berbangga dengan pencapaian penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri meskipun terlepas peluang meraih pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dhabitah, 22, akur menamatkan final tiga meter (m) papan anjal individu pada tempat keempat daripada 12 keseluruhan peserta di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.

Begitupun, Reezal menganggap Dhabitah telah menunjukkan prestasi cemerlang yang secara tidak langsung membanggakan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Dhabitah sedikit sahaja untuk capai kilauan pingat. Saya mewakili rakyat Malaysia mengucapkan tahniah kepada Dhabitah kerana sekali lagi meletakkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Orang tak bagi banyak perhatian kepada Dhabitah pada terjunan pertama. Dah masuk terjunan ketiga hingga kelima, tepukan bukan lagi datang daripada kami tetapi juga negara-negara lain yang berada di sini.

“Ia satu pengiktirafan kepada keupayaan dan persembahan menakjubkan Dhabitah. Anda telah melakukan yang terbaik dan anda juga sudah membanggakan seluruh rakyat negara,” katanya.

Tambah Reezal, Dhabitah mungin terlepas memenangi pingat gangsa tetapi penerjun dari Kuala Lumpur itu telah berjaya ‘mencuri’ hati seluruh rakyat Malaysia.

Dua penerjun China, Shi Tingmao dan Wang Han masing-masing berjaya meraih pingat emas serta perak dalam acara itu, manakala tempat ketiga menjadi milik Krysta Palmer dari Amerika Syarikat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI