fbpx

74 jenazah Covid-19 dikebumikan di Raudhatul Sakinah kelmarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suasana di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah selepas jenazah Covid-19 selamat dikebumikan.

PETALING JAYA- Sebanyak 74 jenazah Covid-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur kelmarin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa wabak disemadikan di situ seramai 2,306 jenazah setakat ini.

Proses pengkebumian kesemua jenazah itu dikendalikan Pasukan Pengurusan Jenazah (PPJ) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut video dikongsikan akaun TikTok @damai-jawi semalam, sebanyak 74 jenazah Covid-19 telah dikebumikan di tanah perkuburan tersebut pada Jumaat lalu.

Menurut video itu, PPJ Jakim dan Jawi telah menguruskan puluhan jenazah Covid-19 setiap hari daripada hospital dan pusat perubatan sekitar ibu negara.

“Terbaharu, semalam (Jumaat) pasukan kita baru menguruskan 74 jenazah dan paling banyak ialah pada minggu lalu iaitu 93 jenazah dalam tempoh sehari.

“Jadi, sama-sama kita doakan agar jenazah Covid-19 diampunkan oleh Allah dan ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna aplikasi berkenaan melahirkan rasa sedih dan mendoakan agar PPJ Jakim dan Jawi terus kuat dalam menguruskan jenazah mangsa Covid-19.

Bagi @Anita Abd. Wahab Anni, dia mendoakan agar semua jenazah ditempatkan dalam kalangan orang beriman selain menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI