fbpx

58 peratus kematian luar hospital direkodkan di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedah merekodkan 18 kematian di luar hospital akibat Covid-19 sejak 25 Julai lalu hingga semalam. - Gambar hiasan

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKNK) merekodkan sebanyak 18 daripada 31 kes atau 58 peratus sebagai kematian brought in dead (BID) iaitu pesakit Covid-19 meninggal dunia sebelum tiba di hospital pada minggu epid 30 iaitu bagi tempoh 25 Julai lalu hingga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman memberitahu, keadaan itu kemungkinan berlaku disebabkan oleh pesakit lambat mendapatkan rawatan atau tiada gejala dijangkiti Covid-19.

“Situasi ini amat membimbangkan dan dirumitkan lagi dengan kehadiran varian baharu seperti varian Beta (varian Afrika Selatan) dan varian Delta (varian India) yang lebih teruk dan cepat merebak.

“Virus ini bukan sahaja membahayakan golongan warga emas dan berisiko tinggi, malah golongan muda berusia bawah 40 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, sepanjang tempoh sama, sebanyak 8,370 kes baharu dengan 31 kematian telah dilaporkan di negeri ini yang mana kes dan kematian tertinggi dicatatkan di daerah Kuala Muda iaitu 2,636 kes baharu dan 13 kematian diikuti daerah Kulim dengan 2,002 kes baharu dan dua kematian.

“Statistik terkini Covid-19 sehingga semalam adalah sebanyak 45,631 kes bagi jumlah kes keseluruhan dan sebanyak 13,196 kes aktif di seluruh negeri ini.

“Kejadian kes Covid-19 menunjukkan trend meningkat yang sangat ketara bermula pada minggu epid 28 iaitu 48 peratus peningkatan berbanding minggu epid 27 yang mana ia terus meningkat pada minggu epid 30 sebanyak 55 peratus. Trend ini dijangka berlarutan sehingga minggu pertama bulan ini,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI