MERSING – Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor menerusi Zon Maritim Mersing berjaya membawa keluar tiga pesakit Covid-19 dari Pulau Aur ke Jeti Syahbandar di sini semalam.
Pengarah APMM Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bantuan melalui operasi pemindahan perubatan (Medevac) itu dilakukan selepas pihaknya dihubungi Pejabat Daerah Mersing bagi bantuan membawa penduduk tersebut ke Hospital Mersing.
“Susulan itu, Bot Perkasa 31 Zon Maritim Mersing bersama lima anggota APMM lengkap berpakaian Personal Protection Equipment (PPE) ke Pulau Aur bagi melaksanakan khidmat Medevac itu.
“Perkasa 31 tiba di lokasi sekitar pukul 3.30 petang dan terus memindahkan tiga pesakit wanita yang berusia 15 hingga 77 tahun untuk dibawa ke Jeti Syahbandar. Perjalanan dari Pulau Aur ke Jeti Syahbandar mengambil masa kira-kira dua jam,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, kesemua pesakit kemudian terus dipindahkan ke ambulan untuk ke Hospital Mersing bagi rawatan lanjut.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929