fbpx

235 individu ditahan langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Bilangan pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 235 individu diberkas dengan 207 daripadanya dikompaun manakala 28 lagi direman.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 59 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan juga diarahkan tutup kerana didapati masih ingkar SOP.

“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 1,761 kilang, 13,064 premis perniagaan, 448 tapak pembinaan dan 258 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin berkata, dua pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan lima buah kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19.

Menyentuh isu kuarantin wajib, katanya, seramai 678 individu tiba di tanah air semalam dengan jumlah kumulatif seramai 261,118 diarahkan menjalani proses mandatori itu sejak 24 Julai 2020 lalu.

“Sejumlah 9,536 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 83 hotel serta 11 buah institusi latihan awam dan swasta di seluruh negara,” jelasnya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula membuat pemantauan 10 jenis bekalan barangan di 618 peruncit, 160 pemborong dan 32 pengilang selain melakukan sejumlah 2,207 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis yang terbabit didapati mematuhi peraturan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI