fbpx

Warga emas ditemui mati di PKPD Bukit Malut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Aminah dari kawasan PKPD Bukit Malut, Langkawi dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

LANGKAWI – Seorang wanita warga emas ditemui mati di rumahnya di Jalan Kolam Udang, Kampung Bukit Malut di sini hari ini.

Kampung Bukit Malut merupakan kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 27 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa, Aminah Ahmad, 78, disahkan meninggal dunia di rumahnya kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.

Kata beliau, maklumat mengenai kematian mangsa disalurkan orang awam ke Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi melalui Perkhidmatan Respons Kecemasan Malaysia (MERS).

“Sejurus selepas menerima panggilan tersebut, anggota polis bersama kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan ambulans bergegas ke rumah mangsa.

“Petugas perubatan kemudian mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk tindakan lanjut termasuk ujian Covid-19,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI