fbpx

Sembilan PPV disenaraikan untuk walk-in

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak sembilan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disenaraikan bagi melaksanakan pemberian vaksin secara terus tanpa janji temu atau walk-in di Lembah Klang mulai 2 Ogos ini.

PPV tersebut ialah KL Convention Centre (HCO F, HCO G dan HCO H); Bangi Avenue Convention Centre (BACC); Hotel Wyndham, Klang; Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan berkata, terdapat dua kaedah pelaksanaan iaitu vaksinasi secara walk-in di PPV terpilih di Lembah Klang dan melalui program jangkauan ke kawasan di pinggiran Lembah Klang terutamanya bagi golongan rentan atau yang mempunyai kekangan teknologi.

Kenyataan itu berkata, bagi kaedah pertama, program itu dibahagikan kepada dua tarikh iaitu 2 hingga 4 Ogos dikhaskan khusus untuk individu 40 tahun ke atas atau golongan komorbid di Lembah Klang manakala, bagi 5 hingga 22 Ogos pula dikhususkan kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang.

“Program secara walk-in ini bermula pukul 2 petang pada setiap hari tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing,” katanya di sini hari ini.

CITF memaklumkan, individu yang hadir ke program itu dikehendaki membawa bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamatdi kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.

Bagi golongan komorbid pula, CITF berkata, individu berkenaan diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan merekakomorbid seperti kad rawatan atau kad janji temu.

“First-come-first-serve basis bergantung kepada kapasiti bekalan di PPV yang mana individu walk-in akan diletakkan di bawah senarai menunggu untuk hadir semula pada keesokannya sekiranya bekalan vaksin pada hari berkenaan habis digunakan,” katanya.

Sementara itu, CITF berkata, warga asing dibenarkan walk-in hanya di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil mulai 9 Ogos hingga 11 Ogos bagi golongan komorbid dan berumur 40 tahun ke atas di Lembah Klang dan  12 Ogos hingga 22 Ogos bagi kumpulan berusia 18 tahun ke atas.

“Bagi mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, akan melalui proses ditetapkan dalam satu Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara dikeluarkan oleh CITF,” katanya

CITF juga mengingatkan bahawa walk-in hanyalah untuk penduduk di Lembah Klang dan individu yang sudah mendapat janji temu adalah tidak dibenarkan untuk walk-in.

“Selain itu, adalah dimaklumkan bahawa golongan ibu hamil tidak perlu untuk walk-in bagi mendapatkan vaksinasi sebaliknya janji temu mereka akan diberikan melalui MySejahtera.

“Mereka juga tidak dibenarkan untuk membatalkan janji temu yang diberikan bagi tujuan walk-in sekiranya janji temu sedia ada adalah pada tarikh yang akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, bagi kaedah vaksinasi secara walk-in melalui program jangkauan di kawasan pinggir Lembah Klang, CITF berkata, ia akan bermula secara berperingkat pada 9 Ogos ini.

Menurutnya, jadual pergerakan, iaitu tarikh dan lokasi bergantung kepada perancangan pihak terbabit, seperti badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang menganjurkan Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) serta lain-lain agensi seperti Pejabat Daerah dan Pejabat Kesihatan di kawasan sasaran.

“Hebahan tarikh, masa dan lokasi akan dilakukan melalui media sosial, media tradisional dan melalui kerjasama dengan Pejabat Daerah yang berkenaan serta Jabatan Penerangan Negeri Selangor,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI