fbpx

Schoenmaker berjaya pecah rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHOENMAKER berjaya mencipta rekod baharu dunia ketika meraih pingat emas acara 200m kuak dada wanita semalam. – AFP

TOKYO – Perenang sensasi Afrika Selatan, Tatjana Schoenmaker melakukan kejutan apabila mencipta rekod baharu dunia acara 200 meter (m) kuak dada wanita ketika meraih pingat emas Olimpik Tokyo semalam.

Perenang berusia 24 tahun itu merekodkan masa 2 minit 18.95 saat (s) sekali gus memadamkan rekod lama yang dipegang atlet Denmark, Rikke Moller Pedersen, 2:19.11s pada 2013.

Kemenangan itu adalah emas pertama buat Afrika Selatan selepas berjaya mengatasi pencabar dari Amerika Syarikat, Lilly King yang terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 2:19.92s manakala pingat gangsa menjadi milik rakan senegaranya, Annie Lazor (2:20.84s).

Schoenmaker tidak dapat menahan kegembiraannya itu apabila menangis di podium sambil memberitahu dia tidak sabar untuk meraikan kejayaan bersama keluarganya sebaik tiba ke Pretoria, Afrika Selatan.

“Pada saingan tersebut, saya memang benar-benar tidak menjangkakan mampu meraih emas apatah lagi untuk melakukan catatan rekod baharu dunia. Saya hanya ber­usaha dengan memberi tumpuan kepada perlumbaan saya sendiri.

“Apa pun saya juga berharap pengalaman berharga di Olimpik ini tidak berakhir di Tokyo dan saya mahu terus berjuang untuk mendapatkan keputusan terbaik pada kejohanan akan datang,” katanya.

Rabu lalu, Shoenmaker turut melakukan kejutan apabila memecahkan rekod Olimpik melalui catatan masa 2:19:16s ketika aksi peringkat saringan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI