fbpx

Proklamasi Darurat di Sarawak elak penularan lebih serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak perlu diisytiharkan untuk
menangguhkan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi mengelakkan penularan Covid-19 menjadi lebih serius.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, dengan Proklamasi Darurat itu, Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat
berkuat kuasa kecuali jika darurat ditamatkan lebih awal.

“Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Julai lalu telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak setelah darurat yang berkuat kuasa pada masa ini berakhir pada 1 Ogos lepas.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak telah memperkenankan Proklamasi Darurat bagi seluruh negeri Sarawak yang akan mula berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, Proklamasi Darurat yang berakhir pada Ahad, 1 Ogos 2021 akan diteruskan di Sarawak hingga 2 Februari 2022.

Satu proklamasi baharu telah dipersetujui Seri Paduka Baginda pada Khamis lalu dan diterbitkan dalam warta kerajaan malam tadi.

Namun proklamasi tersebut akan terlebih dahulu dibentangkan di Parlimen berdasarkan peruntukan Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI