fbpx

Operasi ladang ayam di Beruas digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk Kampung Tualang, Beruas menunjukkan perangkap lalat semasa mengadu masalah di kampung tersebut baru-baru ini.

BERUAS – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak mengarahkan operasi sebuah syarikat penternakan ayam di sini digantung sementara selepas dikenal pasti menjadi punca gangguan lalat di dua kampung berdekatan.

Pengarah JPV Perak, Dr. Ahmad Shafri Hassan berkata, pemilik syarikat itu pula dikompaun RM2,000 atas kegagalan menguruskan najis ayam secara berkesan serta menjadikan premisnya sebagai tempat pembiakan lalat.

“Setakat ni sebuah ladang reban ayam terbuka di kawasan Beruas telah dikenal pasti menjadi punca gangguan lalat di Kampung Tualang dan Kampung Buruk Bakul.

“Notis gantung sementara beroperasi telah diserahkan kepada pemilik tersebut bertarikh 16 Julai lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan rintihan kira-kira 800 penduduk di dua kampung tersebut yang menghadapi masalah gangguan lalat sejak 30 tahun lalu.

Penduduk percaya masalah tersebut berpunca daripada perusahaan penternakan ayam yang masih menggunakan kaedah sistem terbuka, terletak kira-kira 600 meter dari penempatan penduduk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI