PARIT BUNTAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan seorang nelayan dan merampas 11 set bubu naga di perairan negeri ini semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, pihaknya telah mengesan sebuah bot yang sedang menjalankan aktiviti perikanan yang mencurigakan pada jarak kira -kira 3.3 batu nautika barat daya Pulau Kelumpang.
“Pemeriksaan ke atas bot itu telah menemukan 11 set bubu naga yang disyaki digunakan untuk menangkap hasil laut di samping pemeriksaan ke atas lesen bot juga mendapati enjin bot yang didaftarkan didalam lesen tidak sama seperti yang ada pada bot itu.
“Tekong warga tempatan yang ditahan juga bukan pemilik asal bot tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohd. Sharenliza, suspek bersama bot serta peralatan menangkap ikan ditahan dan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b)Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta yang sama kerana menangkap ikan dengan mengunakan kaedah yang tidak dibenarkan,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929