fbpx

Misi buru emas tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON-WOOI YIK tampak kecewa selepas tewas kepada Junhui-Yuchen dalam acara beregu lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Musashino Forest Sports Plaza malam tadi. – AFP

PEMBURUAN pingat emas pertama negara menerusi sukan badminton pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 ber­akhir selepas beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik rebah di pe­ringkat separuh akhir malam tadi.

Pada aksi di Musashino Fo­rest Sports Plaza itu, mereka akur dengan kehebatan gandingan No.6 dunia dari China, Li Junhui-Liu Yuchen dengan keputusan straight set 22-24, 13-21.

Meskipun tewas, namun aksi ditampilkan Aaron-Wooi Yik wajar dipuji kerana berjaya me­langkah ke separuh akhir pada penampilan sulung di temasya sukan terbesar dunia itu.

Aaron tanpa berselindung mengakui strategi mereka sedikit terganggu terutamanya pada set kedua apabila beregu China me­lakukan serangan demi serangan.

“Ketika masuk ke gelanggang, fikiran kami hanya fokus untuk berikan tentangan sengit kepada mereka. Bagaimanapun, kami rasa sedikit tertekan apabila mereka lebih banyak mendahului perlawanan.

“Bagaimanapun, kami tetap cuba untuk merapatkan kedudukan, namun strategi sedikit terganggu. Apa pun yang berlaku, kami akan cuba hadiahkan pingat gangsa buat negara,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Sementara itu, Wooi Yik menjelaskan, beberapa kesilapan serta kegagalan untuk mempertahankan mata-mata penting turut menjadi punca kekalahan kepada beregu China itu.

“Kami sudah berikan segala-galanya pada perlawanan tersebut, namun tidak mampu untuk mempertahankan mata-mata penting sehingga menyebabkan mereka bermain lebih selesa,” ujarnya.

Menerusi kekalahan itu, Aaron-Wooi Yik sekali lagi akan membuat perhitungan dengan beregu No.2 dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan pada aksi penentuan pingat gangsa hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI