fbpx

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Isnin ini ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Di dalam surat Pemberitahu Sidang Khas bertarikh 31 Julai 2021 yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin berkata, penangguhan itu adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko Covid-19.

“Pemakluman ini dibuat oleh Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11 (3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Penangguhan ini juga susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19 yang mana Kementerian Kesihatan (KKM) berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya jangkitan Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan sebanyak 11 kes positif Covid-19 telah dikesan selepas seramai 1,183 individu yang hadir dan berada di Parlimen menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag saliva test kit sejak 26 Julai lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI