PONTIAN – Orang awam yang melalui jambatan Sungai Tanjung Ayer Hitam, Kayu Ara Pasong, dekat sini, gempar dengan penemuan mayat yang terapung di sungai tersebut petang semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, mangsa yang terapung di sungai kira-kira pukul 3.51 petang itu dikenali sebagai Mohd. Hanis Esa, 32.
Katanya, pengecaman mayat mangsa dibuat oleh adiknya, Nadzirah malam tadi melalui pakaian, telefon bimbit dan pengecas bateri.
“Adik mangsa juga memberitahu mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit dan kali terakhir melihat abangnya pada 26 Julai lalu pukul 7 malam di rumahnya,”ujarnya.
Tambah Mohamad Shofee, adik mangsa telah membuat satu laporan polis setelah abangnya tidak pulang ke rumah sejak 27 julai lalu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Alsagoff, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Abd. Jalil, pihaknya telah dimaklumkan kejadian tersebut daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor
Katanya, pihaknya telah menghantar sebuah jentera FRT bersama lapan anggota ke lokasi kejadian yang diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 11, Hod Sanuse.
“Mayat mangsa dijumpai tersangkut pada sampah yang terdapat di sungai tersebut,”katanya.- K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929