fbpx

Lagi kluster akibat rentas negeri di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang lelaki yang merentas negeri dari Selangor ke Kelantan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung Bukit Yong, Pasir Puteh mencetuskan Kluster Kampung Keluat dengan 11 kes positif Covid-19 dikesan setakat ini.

Lampiran rumusan kluster yang disertakan dengan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan menyebut, lelaki berkenaan yang mempunyai sejarah merentas negeri mula bergejala pada 23 Julai sebelum didapati positif pada 27 Julai hasil saringan bergejala.

“Kes indeks berumur 27 tahun dan mempunyai sejarah merentas negeri dari Selangor ke Kelantan pada 20 Julai untuk hadir ke satu majlis perkahwinan yang diadakan pada 21 Julai di Kampung Bukit Yong, Pasir Puteh.

“Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Keluat, Beris Kubor Besar, Bachok,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, satu lagi kluster komuniti melibatkan aktiviti sosial yang berkaitan sambutan perayaan dikesan di  Kampung Gambaron 2, Telupid, Sabah dengan 53 kes positif Covid-19 setakat ini.

Kluster Gambaron 2 itu melibatkan seorang kes indeks lelaki berumur 29 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Julai 2021 hasil saringan individu bergejala.

Kedua-dua kluster tersebut merupakan antara 28 kluster baharu yang dikesan hari ini termasuk 12.kluster komuniti. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI