PEMANAH negara, Khairul Anuar Mohamad terpaksa melupakan saingan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas tersingkir di pusingan 16 terbaik menerusi acara recurve individu lelaki sebentar tadi.
Meskipun sudah menampilkan aksi terbaik pada pertemuan itu, namun ia belum memadai untuk menyekat jaguh dari Korea Selatan, Kim Woo-jin apabila tewas dengan keputusan 0-6.
Woo Jin yang merupakan pemanah No.5 dunia menampilkan prestasi luar biasa apabila melakukan panahan sempurna 30 mata dalam setiap aksi tiga pusingan itu.
Biarpun gagal untuk melangkah ke pusingan suku akhir, namun Khairul Anuar sudah menampilkan aksi terbaik apabila konsisten melakukan panahan tidak kurang daripada sembilan mata. – K! ONLINE