fbpx

Jual syabu sebab tiada duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan bersama 11 paket kecil lut sinar disyaki syabu di kawasan tempat letak kereta One Beaufort Comercial Centre semalam. -Foto: Ihsan PDRM

BEAUFORT – Seorang lelaki memberikan alasan menjual syabu berikutan pendapatan terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ditahan di kawasan tempat letak kereta One Beaufort Comercial Centre semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, Lelaki berusia 35 tahun berkenaan ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dipercayai sedang menunggu pelanggan bagi tujuan membeli syabu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pemeriksaan mendapati suspek membawa 11 paket kecil lut sinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu ketika ditahan.

“Setiap paket dianggarkan seberat 5.29 gram dan dipercayai dibawa untuk dijual kepada penagih di kawasan sekitar.

“Siasatan awal turut mendapati suspek mengaku mendapat bekalan dadah daripada seorang pengedar tempatan yang dikenali sebagai “Bro” di kawasan Sinsuran, Kota Kinabalu selain mengaku terbabit dalam aktiviti pengedaran syabu sejak bulan Mac tahun ini disebabkan tiada punca pendapatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Yusoff menyatakan hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga didapati positif Methapetamine. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI