fbpx

Ibu tumpang televisyen saudara tonton aksi Khairul Anuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelsom (tengah) sedang menonton televisyen aksi pusingan ketiga recurve individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 antara Khairul Anuar menentang Jimwoo di Pasir Gajah, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Keluarga Khairul Anuar Mohamad tetap berbangga dengan pencapaian pemanah negara tersebut biarpun gagal melepasi pusingan ketiga recurve individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Ibunya, Kelsom Dollah, 57, berkata, dia terpaksa menumpang untuk menonton televisyen di rumah saudaranya untuk menonton aksi anaknya menentang Kim Jinwoo yang merupakan bekas juara dunia dari Korea Selatan.

“Televisyen rumah tiba-tiba rosak semalam hingga memaksa saya menumpang di rumah saudara bersebelahan demi tidak melepaskan peluang menyaksikan aksi anak saya.

“Hari ini saya bangun pukul 5 pagi untuk membaca surah Yasin, solat Subuh dan mendoakan kejayaan Khairul Anuar,” katanya ketika ditemui di Kampung Pasir Gajah dekat sini hari ini.

Terdahulu dia ditemui selepas menonton aksi pusingan ketiga recurve individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang menyaksikan Khairul Anuar tewas 0-6 terhadap Jinwoo.

Kelsom berkata, dia tetap berbangga dengan pencapaian Khairul Anuar, 29, yang mempamerkan kesungguhan pada temasya Sukan Olimpik ini.

Ujarnya, dia sudah lebih tujuh bulan tidak bertemu dengan Khairul Anuar disebabkan komitmen anak keempat daripada lima beradik membuat persiapan ke Sukan Olimpik.

“Begitupun, kami kerap berhubung menerusi panggilan video dan aplikasi WhatsApp. Dia tidak pernah lekang memohon saya mendoakan kejayaannya,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI