fbpx

FBK UPSI jayakan program pemerkasaan jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muka hadapan Tinta Jawi.

PETALING JAYA – Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjayakan program minor jawi dalam usaha mereka untuk memperkasakan tulisan berkenaan di negara ini.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, inisiatif FBK itu tepat dan selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkasakan tulisan jawi.

“Bahkan, logo sempena sambutan 100 tahun empat era iaitu Kolej Latihan, Maktab Perguruan Sultan Idris, Institut Perguruan Sultan Idris sehingga UPSI juga dimasukkan tulisan jawi.

“Ia mencerminkan tulisan jawi tidak boleh dipinggirkan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buletin Tinta Jawi yang diterbitkan secara digital.

Dekan FBK, Prof Madya Dr. Mazura @ Mastura Muhammad mengucapkan tahniah atas usaha dan kerja keras kakitangan yang menggerakkan penerbitan Tinta Jawi.

“Tulisan jawi adalah warisan bangsa Melayu sejak abad ke-10 yang sinonim dengan pendudukan Melayu beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata, tulisan jawi adalah khazanah yang patut dijaga dan sangat berharga, malah perlu dimartabatkan oleh semua pihak.

Katanya, tulisan jawi juga merupakan khazanah warisan peradaban dan lambang jati diri bangsa Melayu yang mesti dipelihara.

Justeru, katanya, FBK akan berusaha memartabatkan tulisan jawi dalam kalangan pelajar dan kakitangan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI