fbpx

Elaine Thompson ratu pecut Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELAIN THOMPSON meraih pingat emas acara 100m selain berjaya memecahkan rekod 33 tahun milik Flo Jo. - AFP

ELAINE Thompson dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menjuarai final 100 meter (m) wanita dengan catatan masa 10.61 saat (s) di Stadium Olimpik sebentar tadi.

Ratu pecut Jamaica itu memenanginya dengan rekod baharu Olimpik memadam catatan lama berusia 33 tahun, 10.62s milik Florence Griffith Joyner dari Amerika Syarikat yang melakukannya di Seoul, Korea Selatan pada 1988.

Kejayaan itu juga membolehkan Elaiune Thompson mempertahankan gelaran ratu pecut yang dimenanginya sewaktu edisi Rio 2016.

Lebih menarik, pingat perak dan gangsa dimenangi dua lagi pelari Jamaica iaitu Shelly Ann-Fraser Pryce dengan catatan 10.74s serta Shericka Jackson yang mencatatkan 10.76s. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI