fbpx

Edika Yusof dikecam sokong perarakan ‘Keluar dan #Lawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar (kiri) komen yang ditulis Edika dalam satu hantaran Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Aktor Edika Yusof dikecam netizen gara-gara meninggalkan komen seolah-olah menyokong perarakan ‘Keluar dan #Lawan’ bagi mendesak seluruh menteri Kabinet meletak jawatan yang diadakan di ibu negara pagi tadi.

Berdasarkan komen yang ditinggalkan Edika dalam satu hantaran Facebook media tempatan, pelakon berusia 54 tahun itu berpendapat tindakan mengadakan perarakan tersebut adalah wajar sebagai simbolik mewakili ‘suara rakyat’ yang berani untuk mendesak kerajaan hari ini berundur (meletak jawatan).

“Ini rakyat, bukan parti politik. Berani kerana benar. Kalau tidak buat begitu (perarakan), ramai lagi akan mati (akibat Covid-19). Tolong hormati mereka kerana berani,” tulisnya.

Menerusi komen yang ditinggalkan itu juga, pelakon yang pernah memegang watak Jeffri dalam filem Maria Mariana itu juga berkata, perarakan protes tersebut tidak perlu dibimbangkan kerana dilakukan di kawasan terbuka dan selamat.

“Diadakan di kawasan terbuka dan selamat. Vitamin D daripada pancaran matahari akan membunuh virus (Covid-19). InshaAllah,” katanya.

Bagaimanapun, pendapat yang disuarakan Edika itu tidak mendapat sokongan daripada netizen apabila rata-rata menghentam kenyataan tersebut dan menyifatkan pelakon berkenaan sebagai ‘tidak punya otak’.

TANGKAP layar antara komen yang dilemparkan kepada pelakon berkenaan.

“Artis jarang bijak. Ini semua pengikut politik. Rakyat sebenarnya duduk rumah,” komen seorang netizen.

“Sepatutnya awak ikut sekali perarakan. Barulah mereka akan bertambah semangat lagi dengan adanya ketua seperti awak,” kata seorang pengguna Facebook.

Terdahulu, satu perarakan protes oleh sekumpulan individu lengkap berpakaian hitam telah diadakan sekitar pukul 10 pagi tadi dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka.

Perarakan tersebut dibuat sebagai desakan agar seluruh menteri Kabinet meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN