KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini membuka sebuah rumah transit bagi kemudahan pesakit kanser di Taman Tasik Titiwangsa.
Ebit Lew menerusi perkongsian di Instagram berkata, Rumah Kasih Umat itu disediakan percuma tanpa sebarang caj untuk kegunaan pesakit kanser yang perlu berulang-alik mendapatkan rawatan di hospital sekitar Kuala Lumpur.
“Masa ayah saya sakit kanser. Saya terdengar ayah saya menjerit sakit menangis. Tak tahan tengok. Kadang morphin dan ubat tidur tak hilangkan sakit.
“Saya beberapa kali ziarah rumah kanser. Anak-anak kecil berlari sana sini sakit. Ramai yang kadang tidur dalam kereta atau sana sini sementara datang nak tunggu rawatan. Ada mak ayah berhenti kerja untuk jaga anak-anak. Zaman sekarang lagilah,” katanya.
Ebit berkata, dia turut bersyukur kerana kemudahan tersebut juga sudah dimulakan oleh badan kerajaan atau persendirian dan menyifatkan pembukaan rumah transitnya itu adalah sebahagian kecil dari usaha kerajaan dan orang ramai.
“Terima kasih semua yang selama ini bersama usaha ini. Semoga setiap anak kanser yang tiada dosa ini menjadi asbab kasih sayang Allah pada kita.
“Ya Allah jika ada pahala semua ini saya hadiahkan buat mak ayah saya. Semoga Allah letak mak ayah kita dalam syurga Firdaus,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929