fbpx

Direman makan suap 50 sen setiap tan penghantaran beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas Ketua Perolehan syarikat kurier tiba untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini

SHAH ALAM – Seorang bekas Ketua Perolehan sebuah syarikat kurier terkemuka direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah penghantaran beras di antara 2019 dan tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff.

Terdahulu suspek yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba pukul 9.30 pagi dengan bergari dan dikawal pegawai SPRM.

Menurut sumber, suspek ditahan pukul 7.25 malam semalam menerusi Ops Delivery di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, suspek meminta suapan sebanyak RM0.50 bagi setiap tan metrik beras yang dianggarkan berjumlah RM170,000.

“Kesemua suapan itu diminta daripada syarikat-syarikat vendor yang dilantik syarikat kurier itu.

“Ini adalah sebagai balasan memilih syarikat tersebut bagi kerja-kerja penghantaran beras berjumlah RM3.84juta untuk 339,915 tan metrik beras,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI