fbpx

Dikhuatiri lemas ketika mandi Sungai Cherul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat Mohamad Shafiq yang sedang dilakukan anggota bomba di Sungai Cherul berhampiran Kampung Lubuk Batu, Chukai, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Keseronokan enam sahabat mandi di Sungai Cherul berhampiran Kampung Lubuk Batu, Chukai di sini hari ini berakhir duka apabila salah seorang daripada mereka hilang dikhuatiri lemas.

Mangsa, Mohamad Shafiq Ab. Llah, 20, dipercayai dihanyutkan arus deras sungai disebabkan fenomena kepala air pada 6 petang.

Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, sewaktu kejadian, mangsa dan lima rakannya yang kesemua berusia 20-an sedang leka mandi di sungai berkenaan sebagai sebahagian aktiviti hujung minggu mereka.

“Tidak lama kemudian berlaku fenomena kepala air dipercayai disebabkan hujan lebat yang melanda hulu sungai.

“Kesemua berjaya menyelamatkan diri dengan segera berenang ke tebing sungai kecuali mangsa yang hilang dipercayai dihanyut arus deras berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Azman berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh dekat sini dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Chukai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada 6.37 petang.

Beliau berkata, setakat ini, operasi mencari dan menyelamat masih gagal menemui mangsa. dan operasi mencari dan menyelamat akan disambung pada pagi esok. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI