fbpx

Didenda pakai PPE di tengah panas kerana sabung ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KBA disuruh memakai PPE selepas didapati bersalah menganjurkan aktiviti menyabung ayam. - Kodim 1609 Buleleng

JAKARTA – Seorang lelaki dari Bali, Indonesia didenda memakai sut perlindungan diri (PPE) selama dua jam sebagai hukuman kerana menganjurkan aktiviti menyabung ayam ketika wilayah itu dikenakan perintah sekatan Covid-19 yang ketat, lapor portal berita Coconut.co semalam.

Dalam satu operasi, Agensi Ketenteraman Awam bersama-sama pasukan gabungan dari pangkalan tentera tempatan serta beberapa agensi pemerintahan berkaitan melakukan rondaan di sebuah kawasan kampung pada hari kejadian.

Mereka terlihat seorang lelaki sedang membawa sebuah bakul berisi seekor ayam jantan dipercayai untuk aktiviti sabung ayam sebelum mengekori lelaki tersebut.

Para pegawai itu kemudiannya menyerbu penduduk yang hadir dalam aktiviti itu, mengakibatkan berpuluh-puluh daripada mereka lari bertempiaran.

Salah seorang penganjur aktiviti itu yang dikenali sebagai KBA, 53, bagaimanapun ditangkap semasa serbuan.

“Aktiviti seperti menyabung ayam akan menyebabkan orang ramai berkerumun,” kata Ketua Agensi Ketenteraman Awam, Putu Artawan.

Tambah Putu, KBA mendakwa bahawa pertandingan sabung ayam itu dianjurkan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapinya.

“Menurutnya, dia tidak menerima sebarang wang (daripada aktiviti sabung ayam). Bagaimanapun, apabila kami bertanya kepada pegawai kampung, KBA sebenarnya ada mengambil upah,” ujarnya.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke pejabat pentadbiran daerah untuk disoal siasat dan dikenakan hukuman denda 1 juta rupiah (RM292) dan disuruh memakai pakaian PPE di kawasan terbuka selama dua jam. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI