fbpx

290 individu ditahan, 61 premis ditutup ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin.

PUTRAJAYA – Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara semalam merekodkan 290 individu ditahan dengan seramai 219 dikompaun manakala 71 lagi direman.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sejumlah 61 premis yang meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan juga diarahkan tutup di seluruh negara kerana didapati ingkar SOP.

“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 1,405 kilang, 15,908 premis perniagaan, 649 tapak pembinaan dan 170 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hishammuddin, seramai 52 pendatang tanpa izin turut ditahan dan sebuah kenderaan darat disita semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19.

Menyentuh isu kuarantin wajib, katanya, sejumlah 881 individu tiba di tanah air semalam dengan jumlah kumulatif seramai 260,248 diarahkan menjalani proses mandatori itu sejak 24 Julai 2020 lalu.

“Sejumlah 9,334 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 83 hotel serta 11 buah institusi latihan awam dan swasta di seluruh negara,” jelas Hishammuddin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 10 jenis bekalan barangan di 619 peruncit, 156 pemborong dan 31 pengilang termasuk melakukan sejumlah 1,852 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis yang terbabit didapati mematuhi peraturan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI