fbpx

Zii Jia akur kehebatan Chen Long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA akur dengan kekalahan 21-8, 19-21, 5-21 kepada jaguh China yang juga juara bertahan, Chen Long di pusingan kalah mati di Musashino Forest Sports Plaza malam tadi. – AFP

HASRAT pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk merangkul pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 berkecai apabila tersingkir di pu­singan kalah mati malam tadi.

Pada perlawanan di Musashino Forest Sports Plaza itu, Zii Jia terpaksa akur dengan kekalahan 21-8, 19-21, 5-21 kepada jaguh China yang merupakan juara bertahan, Chen Long.

Meskipun tidak beraksi lebih setahun, namun Chen Long tetap menampilkan corak permainan ber­kualiti biarpun dilihat agak longlai ketika tewas pada set pertama.

Zii Jia tanpa berselindung mengakui lawannya itu menampilkan aksi cukup berbeza pada set penentuan sehingga menyebabkan dia berada dalam keadaan tertekan selepas ketinggalan jauh 2-11.

“Saya akui pada set ketiga, Chen Long bermain dengan sangat yakin selepas dia melakukan perubahan terhadap strategi permainan sehingga menyebabkan saya berdepan kesukaran.

“Memang permainan saya lebih baik pada set pertama, namun saya ketinggalan sebaik set kedua bermula. Saya sudah cuba buat yang terbaik dan anggap ini adalah pengalaman berharga pada Olimpik,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Pemain No.8 dunia itu juga berharap dia boleh memperbaiki permainannya pada kejohanan akan datang selain mengakui tekanan beraksi pada Sukan ­Olimpik sangat berbeza.

“Saya fikir tekanan pada Olimpik sangat berbeza jika dibandingkan dengan kejohanan biasa dan ia sukar untuk dikawal. Sudah tentu saya perlu belajar banyak lagi selepas ini untuk baiki permainan,” ujarnya.

Menerusi kemenangan itu, Chen Long akan membuat perhitungan dengan pemain No. 4 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen yang sedang menanti di peringkat suku akhir esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI