fbpx

Wendy, Dhabitah sasar terjunan sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR DHABITAH meletakkan sasaran pingat bagi meningkatkan motivasinya dalam melakukan persiapan pada Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun tahun depan.

PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee mahu memberikan segala-ga­lanya menjelang aksi 3 meter (m) papan anjal individu wanita yang akan bermula di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.

Meskipun berde­pan perasaan bercampur baur setiap kali beraksi pada temasya besar, namun Wendy yang juga pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 itu sentiasa ingin melakukan terjunan terbaik.

“Rasa gemu­ruh, risau, me­­mang ada se­tiap kali turun bertanding da­lam apa-apa kejohanan. Situasi memang berbeza berbanding dua Olimpik sebelum ini (London 2012, Rio 2016).

“Bagi saya dan penerjun lain atau atlet lain, setiap kali turun bertanding pasti ingin lakukan yang terbaik selepas berusaha keras untuk layak bertan­ding ke Olimpik,” katanya.

Biarpun mengalami sedikit kecederaan pada bahu Sabtu lalu, keadaan tersebut langsung tidak mematahkan semangat penerjun berusia 28 tahun itu untuk bertanding.

“Bahu sedikit terseliuh tetapi jangan risau sebab semangat saya kuat dan akan terus berjuang untuk menampilkan aksi yang terbaik,” ujarnya.

Tambahnya, tahun ini temasya ini sangat berbeza kerana kejohanan berlangsung dalam keadaan pandemik Covid-19 dan turut menyaksikan semua atlet terjun seluruh dunia terkesan dari segi persiapan.

Dalam dua edisi Olimpik di London 2012 dan Rio 2016, skuad terjun negara berjaya membawa pulang gangsa dan perak sekali gus mereka diletakan sebagai prospek pingat buat kontinjen negara di temasya kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI