fbpx

Wanita usung jenazah ke kubur kerana percaya boleh hilangkan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video yang dimuat naik di Instagram yang menunjukkan wanita membawa jenazah ke tanah perkuburan. -Instagram

JAKARTA – Satu video yang menunjukkan sekumpulan wanita membawa keranda berisi  jenazah ke sebuah tanah perkuburan baru-baru ini menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com kelmarin.

Video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram @indotoday itu menunjukkan sekumpulan wanita di Madura, Jawa Timur membawa keranda ke kubur sehingga ia menjadi perhatian memandangkan tugas tersebut biasanya dilakukan oleh lelaki.

Keterangan yang ditulis di akaun tersebut menyebut bahawa penduduk wanita di situ mengambil alih tugas memgusung keranda ke kawasan kubur kerana percaya perbuatan itu boleh menghilangkan wabak Covid-19.

“Di Madura kini golongan wanita yang harus ke kubur supaya wabak Covid-19 cepat habis dan tidak ada lagi yang meninggal dunia berturut-turut,” demikian kenyataan yang ditulis pada video tersebut.

Perakam video kemudian melontarkan pertanyaan berkenaan hukum wanita yang menghantar jenazah ke kubur.

Ramai netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen tentang persoalan itu.

“Wanita tidak boleh mengangkat jenazah lelaki kerana ia menyimpang daripada ajaran Islam. Saya tahu tentang perkara ini daripada salah seorang ustaz di Madura,” tulis seorang netizen.

“Mungkin itu adalah adat mereka, jika yang meninggal itu perempuan, maka yang menguruskan jenazah juga adalah wanita,” tulis seorang lagi netizen.

Seorang lagi netizen pula meminta mereka yang tidak cukup ilmu agama untuk tidak mengeluarkan pendapat kerana ia boleh menyebabkan berlakunya perdebatan. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI