fbpx

Terkejut ular dalam longgokan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap ular rusuk kerbau yang bersembunyi dalam longgokan durian di Kampung Batu 9 di Lipis semalam.

LIPIS – Seorang lelaki terkejut dan tidak menyangka seekor ular rusuk kerbau bersembunyi di dalam longgokan buah durian yang disimpannya dalam sebuah kotak di Kampung Batu 9 di sini semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lipis, Mohd. Azhar Yusof berkata, kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku ketika pengadu Hafizudin Mohamamd, 21, hendak mengeluarkan buah berkenaan yang disimpan dari dalam kotak di dapur rumahnya.

“Anggota APM yang sampai mendapati ular rusuk kerbau itu berada dalam kotak dipenuhi buah durian dengan kesan luka di badan dipercayai akibat terkena duri buah itu.

“APM mengambil masa kira-kira lima minit menangkap ular seberat 500 gram dengan panjang 0.8 meter itu menggunakan alat penyepit khas,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Azhar, ular berkenaan dilepaskan ke kawasan habitat asalnya dan tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, Hafizudin berkata, dia tidak pasti bila ular berkenaan masuk ke dalam kotak berisi durian dan hanya menyedari selepas ternampak ekor ular itu yang berwarna hitam.

“Buah durian baru sahaja dikutip dari kebun, saya amat terkejut dengan kejadian dan kerana bimbangkan keselamatan saya telah menghubungi pihak APM,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI