fbpx

Sejam bantu angkat pesakit obes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomb dan kakitangan HPP membantu mengangkat pesakit obesiti naik ke atas lori petang tadi.

GEORGE TOWN – Pasukan bomba mengambil masa hampir sejam membantu mengangkat pesakit obes dari wad Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dipindahkan ke Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Kangsar (HKK) di Perak petang tadi.

Pesakit lelaki berusia 50-an dengan berat 250 kilogram (kg) itu dikatakan menerima rawatan pada bahagian kepala di HPP berkenaan.

Pengawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal, Abdul Manaf Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan pengangkutan daripada pihak hospital untuk membawa pesakit itu pukul 2.52 petang.

Menurutnya, sebuah pengangkutan lori dengan muatan tiga tan telah digunakan untuk memindahkan pesakit berkenaan dengan melibatkan dua anggota.

“Kita mengambil masa hampir satu jam untuk membawa turun pesakit itu dari wad hingga ke atas lori. Seramai empat jururawat Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengiringi pesakit ke HKK.

“Ini merupakan operasi mengangkat dan memindahkan pesakit obes yang pertama kali dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Beliau memberitahu, perjalanan ke HKK dijangka mengambil masa selama dua jam dan operasi mengangkat pesakit tersebut tamat pada pukul 4.06 petang tadi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI