fbpx

Ribut petir dijangka melanda 8 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda di beberapa buah negeri sehingga 11 pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di Twitter memaklumkan, negeri tersebut adalah Perak melibatkan daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Selangor pula, menurutnya, kawasan terlibat adalah Sabak Bernam dan Sepang manakala di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau serta Tampin.

Negeri lain terlibat ialah Melaka, Johor (Tangkak), Sarawak (Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu).

Selain itu, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan) serta Wilayah Persekutuan Labuan turut mengalami ribut petir dan hujan lebat. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI