fbpx

Reezal Merican tabik aksi Aaron-Wooi Yik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL MERICAN mendedahkan satu program Khas Olimpik akan dilancarkan bagi memberikan lebih fokus dan dedikasi kepada sukan-sukan yang berpotensi untuk meraih pingat pada masa depan.

SELURUH negara meraikan kejayaan beregu lelaki kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya melangkah ke pentas separuh akhir pada Sukan ­Olimpik Tokyo 2020.

Mereka memastikan cabaran negara terus berkibar pada temasya sukan terbesar dunia apabila menyingkirkan gandingan No.1 dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dengan kemenangan 21-14, 21-17 di peringkat suku akhir semalam.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau kagum dengan semangat juang ditampilkan oleh beregu No. 9 dunia itu pada perlawanan tersebut.

Katanya, biarpun berdepan Marcus-Kevin yang merupakan pilihan utama kejohanan selain tidak pernah menang dalam tujuh pertemuan sebelum ini, namun ia langsung tidak menjejaskan fokus Aaron-Wooi Yik.

“Seronok dan gembira kerana Aaron-Wooi Yik sudah tampilkan aksi serta semangat luar biasa dan sangat gigih pada perlawanan tersebut. Mereka berjaya kalahkan beregu No.1 dunia tanpa melakukan banyak kesilapan mudah.

“Atas kertas memang kita dilihat sukar untuk menang kerana turun dengan rekod 0-7 tetapi di Olimpik apa sahaja boleh berlaku dan mereka buktikan pada hari ini (semalam),” katanya.

Justeru, Reezal berharap ­Aaron-Wooi Yik mampu meneruskan aksi terbaik apabila turun menentang beregu China, Li Junhui-Liu Yuchen di pusingan separuh akhir hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI